Ramp-it.net

Welcome, Guest

Doa Harian Ramadhan
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Doa Harian Ramadhan

Doa Harian Ramadhan 21 Feb 2011 23:53 #171

  • MyZafira
  • OFFLINE
  • Administrator
  • Posts: 1289
  • Karma: 4
ZafIrmscher4413 Post subject: Doa Harian Ramadhan Posted: 31 Aug 2008 23:04
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca

Hari Pertama


"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."





Hari Kedua


"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih





Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku aripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”






Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”




Hari Kelima




“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.”







Hari Keenam

“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”





Hari Ketujuh

“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”








Hari Kelapan


“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”






Hari Kesembilan


“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”





Hari Kesepuluh


“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku dikalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”






Hari Kesebelas


“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”





Hari Kedua Belas



“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diriku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yangaku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”







Hari Ketiga Belas



“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuanMu wahai pengharap orang yang miskin.”







Hari Keempat Belas

“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”







Hari Kelima Belas



“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yangkhusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengankeamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”
Last Edit: 01 Aug 2011 14:09 by MyZafira.

Re: Doa Harian Ramadhan 21 Feb 2011 23:59 #172

  • MyZafira
  • OFFLINE
  • Administrator
  • Posts: 1289
  • Karma: 4
ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 18 Sep 2008 21:13
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Keenam Belas


“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupanseperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yangmelakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alamakhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 18 Sep 2008 21:13
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Ketujuh Belas


“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat sertacita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpaungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalamhati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dankeluarga baginda yang suci.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 18 Sep 2008 21:14
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kelapan Belas


“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati kusecerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikutisegala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yangbijak.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 18 Sep 2008 21:14
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kesembilan Belas


“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi kumenuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteramankebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 20 Sep 2008 05:08
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kedua Puluh


“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagikupintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayatsuci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 20 Sep 2008 23:20
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kedua Puluh Satu


“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlahengkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggaldan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 21 Sep 2008 22:40
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kedua Puluh Dua


“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi kukeberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yangmendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas,wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 22 Sep 2008 22:14
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Kedua Puluh Tiga


“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri kudaripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahaipengampun kesalahan orang yang berdosa.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 23 Sep 2008 21:17


Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca Hari Kedua Puluh Empat


“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaanMu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkankemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Muserta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yangmeminta.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 24 Sep 2008 23:31


Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca Hari Kedua Puluh Lima


“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhimusuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati paraNabi.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 25 Sep 2008 23:22


Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca Hari Kedua Puluh Enam


“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri,dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikanyang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai TuhanMaha Mendengar daripada semua pendengar.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 27 Sep 2008 02:01
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca

Hari Kedua Puluh Tujuh


“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku danhapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepadahamba soleh.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 28 Sep 2008 05:23
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca

Hari Kedua Puluh Lapan


“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan akudengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkanoleh permintaan orang meminta.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 29 Sep 2008 05:38
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca

Hari Kedua Puluh Sembilan


“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjukserta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasihkepada hamba yang beriman.”







ZafIrmscher4413 Post subject: Posted: 05 Oct 2008 11:58
Forum Members

Joined: 13 Nov 2007 10:30
Posts: 1599
Location: Malacca
Hari Ketiga Puluh


“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterimaoleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnyayang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dankeluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalianalam.”
  • Page:
  • 1
Powered by KunenaAphotic II
Time to create page: 0.50 seconds