Ramp-it.net

Welcome, Guest

Amalan selepas solat Suboh
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Amalan selepas solat Suboh

Amalan selepas solat Suboh 20 Aug 2011 01:03 #1015

  • MyZafira
  • OFFLINE
  • Administrator
  • Posts: 1289
  • Karma: 4
Amalkanlah ini... diperpanjangkan dari tazkirah oleh Ustaz Mahadzir di Surau Ad-dhuha Kota Damansara.

Untuk membersihkan hati. Supaya hati sentiasa bersih dan diberi kelebihan atau diberikan kemudahan, dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Selepas solat fardhu suboh, letakkan tangan kanan ke atas dada dan bacalah Ya Fattah Hu Ya Fattah Hu Ya Fattah sebanyak 71 kali . Cara pembacaannya samada diulang Ya Fattah Hu Ya Fattah berhenti atau diulangkan 3 kali terus dan berhenti....selepas selesai 71 kali tangan kanan masih di dada bacalah surah Alam Nashrakh



maksudnya :-

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Last Edit: 20 Aug 2011 01:03 by MyZafira.
  • Page:
  • 1
Powered by KunenaAphotic II
Time to create page: 0.35 seconds